TEACHERs LIFE


Akhir tahun ini menjadikan tahun ke 15 aku bergelar seorang pendidik.Cepatnya masa berlalu.Menjadi pendidik di kota metropolitan sangat mencabar.Warganya bekerja pantas.Selera mereka tinggi.Posting pertama ialah di sebuah sekolah cina di segambut.



Satu kejutan budaya bagi aku yang lahir di sebuah kampung melayu.Aku ada kawan cina.Tapi tu pun 2 org dlm kelas.mujur masa form 6 sekolah di sekolah ACS Methodist ada ramai kawan cina tapi x rapat sbb bukan kenal dari kecik.Dipendekkan cerita 2 tahun aku khai chee.Aku rasa ,aku ni tak boleh ngam dgn GB perempuan kot.sampai sekarang.hehe.Sekolah cina memang belajar no 1 terutama BM.kalau % 
 BM rendah ,yang lain tidak dikira.Aku pi sekolah.sampai pukul 630.terus duduk bilik guru tanda buku.cukup waktu masuk kelas mengajar.Jenuh juga nak memahamkan yang tahun 2 tu.Habis waktu masuk balik tanda buku supaya tak menimbun .Sekolah ini pernah mendapat sekolah no 1 di KL yang muridnya mendapat 7A iaitu  seramai 35 orang.pendek cerita 2 tahun aku di situ.Aku rasa aku tak boleh ngam la dgn GB perempuan.sampai sekarang.hehehe.Kemudian aku dipindahkan ke sebuah sekolah elit melayu di TTDI.Bagiku dimana-mana pun ada cabaran.anda guru.anda perlu sentiasa bersedia.


Ini sekolah keduaku ,SK Taman Tun Dr.Ismail 1 yang aku tak tahu pun antara sekolah  berprestasi tinggi yang terdapat di Malaysia.Di KL sahaja ia merupakan 5 sekolah yang sentiasa berebut tempat pertama dalam UPSR dengan 4 sekolah kebangsaan yang lain di KL.Pertama sekali sampai ,aku disambut GB ketika Puan Nik Nab.Bagi aku Puan Nik seorang yang strategis dan pantas bekerja.Hanya GB cemerlang sahaja yang dipilih memimpin sekolah elit spt ini
Muridnya,wow ! speaking london kau.Bila kau lalu  dengar diorang bersembang,akcent British yang banyak keluar berbanding American Akcent.Mula-mula pelik,budak melayu dan melayu speaking English sesama mereka.No BM along the conversation! tapi mereka juga fasih berbahasa Melayu.Tapi mereka lebih selesa Speaking English mungkin sebab persekitaran elit melayu di sini banyak mempengaruhi.Di sk ni juga pilihan ramai artis.Bagi akulah , mengajar di TTDI sangat mudah.Mereka sudah ditapis kemasukkan,cuma ada sedikit kuota ditinggalkan bagi murid sederhana yang berada di kelas belakang.Mijoriti ibu-bapa memang educated parents.Anak mereka juga automatik educated.Kelas BM yang aku ajar semua A waktu peperiksaan.Cuma nakal mereka sama spt budak lain.Pengalaman diserang seorang ibu yang tidak berpuas hati dengan anaknya didenda berdiri depan kelas.Tak lama pun.Pernah juga didatangi seorang datuk pada seorang anak murid ku.Warning awal2,jangan marah cucunya kerana cucunya seorang pemalu ! kelakar betul aku tengok perangai parents sekarang.Mahu kita ajar anak dia ikut selera dia.Anak orang lain ? itulah cabaran mengajar di Kuala Lumpur.2 Tahun ,aku ambil keputusan keluar dari TTDI 1 kerana tidak tahan dengan jem setiap pagi yang aku tempuh.Alhamdulillah...aku dapat berpindah ke Bandar Seri Permaisuri berdekatan rumah sewa aku di Bandar Tun Razak.Selamat tinggal jem...! Selamat tinggal TTDI 1 ! 







Bangunan besar ini sebesar bilangan muridnya yang berjumlah 1500+.Sebuah sekolah besar terletak di Bandar Seri Permaisuri.Cheras.Alangkah seronoknya aku mendapat sekolah yg aku tidak payah tempuh jem lebuhraya.Cuma jalan k
ecil dari BTR ke BSP.Hari pertama aku mendaftar di SK Seri Tasik.Aku diberi tanggungjawab untuk menjadi guru kelas.



Inilah 2 Mutiara 2008.Sekarang mereka SPM 2017.Cepatnya masa berlalu.Semoga kejayaan mengiringi merela.Tahun ni tiada  dah UPSR.digantikan dengan PTSR.Kelebihan bagi murid yg aktif Mungkin UPSR dia tak sehebat kelas depan.Insya-Allah..pembakar semangat! saya sokong PTSR.


Inilah Sukaneka tahap 1 SKST .cikgu2 tahap 1 di sini memang kreatif.saya jatuh cinta dgn kesungguhan mereka.Mereka juga sgt kreatif dan sudi membantu pada bila2 masa sahaja.tengok sajalah costume murid2 tu.sekolah ini walau x hebat dlm bhg akedemik ttp hebat dlm bhg sukan dan ko akedemik.tapi biasalah kita di malaysia memandang akedemik.mujur ada TPSR.jadi mereka perlu A semua bahagian untuk masuk ke SBP.Takdelah nak ingat akedemik je penting.JERI tu lagi penting klu xnak  lahir prof jahat,hakim zalim,doktor tidak bertanggungjawab,guru yg sambil lewa,kontraktor yg ambil rasuah,akauntan yg tidak amanah malah menjadi pemimpin yang korup,nepo,kletop


yop lee,yop jan,che min,amar,khai,ja,jaa,roshidi,aizat,zul antara buddyz aku yang masih bernafas di muka bumi ini.hahahaha.korang raso...korang akan bertahan di SK Seri Tasik.haha...aku tak kot.Good luck ye kome!


Apabila cikgu bergaya lebih dari murid..hahaha.mcm biasa..cikgu akan ada banyak event yang diurus di sekolah.keje x terbatas mengajar sajo.bertukus lumuslah guru.tapi semua event cikgu2 wat tema pakaian.over dorg ni.....haha.nanti parents cakap gaji cikgu pibg bayar bukan nak bergaya.hehehe.bukan semua parents mempunyai mentaliti spt itu.Ramai yang menyumbangkan pertolongan dlm bentuk kewangan dan idea malah material.Mereka sentiasa bersedia memberikan khidmat demi kebaikkan sk.


This is the great green army!sukan tahunan ,antara acara utama setiap tahun yang dinanti oleh murid.Ini adalah akar umbi sukan olahraga dan padang.Bila nak sampai hari acara cikgu pun start bz dgn tugas masing2.yang bestnya cikgu lebih teruja daripada murid.Ada sehingga mengundang kontroversi.jangan main dengan aura sukan tahunan.Cikgu terutama ketua rumah yang tewas akan buat bantahan rasmi.kalah bantahan mengamuk.haha.ada yg sampai bertekak dlm fb.kelakar sungguh.rumah sudah siap,tukang masih berbunyi.bagi yg menang.kemenangan dirai selama sebulan.bagi yang kalah ..sampai setahun cerita tak habis!





PENGHARGAAN.Inilah penghargaan SKST kepada saya ketika saya baru bermula belajar menjadi pendidik yang lebih berkualiti.Saya ingin berterima kasih kepada GB yang saya paling sayang,Tuan Haji Misman Bin Mostam.Orang yang bertanggungjawab mengubah 180darjah kehidupan saya di SKST.Beliau GB paling sempoi tapi ttp tegas.Juga kpd GPK petang saya ketika itu,Encik Rozaidi.Kami dah mcm kawan.





Setiap Tahun,inilah kerja hakiki kami.huhu..membawa murid ke program lawatan.penat weyy nak control budak.

HARI GURU




Hari paling best dalam banyak hari sekolah terutama guru kelas.HARI GURU.Rasa dihargai sangat.Tapi tidak mengharapkan hadiah cukup sekadar ucapan.



Hari guru meraikan lelah melakukan rutin.Ramai yang mengatakan hari guru adalah hari guru syok sendiri.Biarlah segelintir berpandangan sinis begitu ,guru selayaknya meraikan hari guru.



Itulah hari melepaskan lelah,hari meraikan diri sendiri serta hari murid meraikan guru2 yang mereka sayang,guru yang tidak putus2 memberi didikan walaupun dlm masa yg sama guru melakukan kerja yang lain.Kalau dulu,rasa ghairah ingin mengajar tu tinggi namun ia semakin terhimpit dgn kerja tambahan yang nak tak nak terpaksa menjadi rutin.Bak kata lirik lagu Guru Malaysia .
Tunai tetap kami tunaikan..... 



Kewajiban awal musim sbg guru kelas. Menyediakan kelas yang ceria dan kondusif supaya murid suka hadir dalam kelas. tapi....hmm..tak bertahan lama Kerana susah mempertahankan keceriaan kelas Kerana sikap murid yang Susah menjaga keceriaan kelas.mentaliti mereka Di Rumah di bawa ke sekolah. 



Tender persembahan. Huhu.. Memang Suka ngajat. Authentic Borneo. 

Comments

Popular posts from this blog

SOFTBALL LIFE

IM A CAT LOVER.

DOA BUAT BAITUL MAQDIS