MY FAV. POlITICIAN
DATO SERI ANWAR IBRAHIM
Saya meminati karakter bersahaja DSAI ketika menyampaikan pidato dan ucapan rasmi. Ketika menjadi TPM Saya selalu memberi tumpuan pada pidato Belia. Sebagai pejuang bahasa, beliau telah memperkenalkan bahasa baku di media ketika itu.Peristiwa pemecatan DSAI pd thn 1998 diikuti penuh minat walaupun ketika itu Saya masih di sk men. Saya melihat beribu2 pengikut beliau keluar memberi sokongan.Saya rasa tiada lagi pemimpin politik yang mempunyai pengaruh sebegitu besar.Ketika itu,Masjid dan Dataran Merdeka tiba2 dibanjiri beratus ribu manusia memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kpd DSAI. Akhirnya DSAI
dipenjarakan dalam satu konspirasi politik. Doa Ustaz Fadhil Noor agar DSM hidup lama dan melihat kemusnahan UMNO yg dilakukan tanganya makbul.Kini,kita melihat UMNO terbahagi 2.Satu team DSN .Satu lagi team TM yang menubuhkan BERSATU.TM diterima Parti pembangkang.Malah,dilantik menjadi penasihat Pakatan Harapan atas kapasiti sbg bekas PM.DSAI mengambil keputusan memaafkan TM Dan TM menyeru pembebasan DSAI.Itulah DSAI, pemaaf walaupun dimalukan TM dalam konspirasi liwat 1. Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) -- lahir 10 Ogos 1947 -- merupakan seorang individu yang popular. Dilahirkan di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang (sesetengah sumber menyatakan beliau lahir di Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan), nama ‘Anwar’ bermaksud ‘bercahaya’. Beliau mula dikenali sebagai tokoh muda yang datang daripada keluarga UMNO dan pengajiannya adalah bidang Melayu. Bapa beliau, Haji Ibrahim bin Abdul Rahman merupakan mantan Ketua UMNO Bahagian Seberang Perai, Ahli Parlimen Seberang Perai tengah. Beliau akhirnya menjadi tokoh pembangkang dan memperkenalkan gerakan pemikiran baru yg dinamakan reformasi.Pemikiran ini lebih dekat dgn orang muda dlm perjuangan politik.
ALLAHYARHAM TOK GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT.
Ahli politik dan ulama yang sangat dihormati.Allahyarham diingati kerana kesederhanaan hidup beliau walaupun beliau adalah Menteri Besar.Rumah kayunya itulah yang menjadi kediaman rasmi seorang MB yang merendah diri.Seorang MB yang berkarisma dan seorang ulama yang disegani.
- Nama: Nik Abdul Aziz Nik Mat.
- Tahun Lahir: 1931
- Tempat Lahir: Pulau Melaka
- Status: Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan).Kesemua anak-anaknya mengambiljurusan agama sebagai pilihan utama.
- Pendidikan:Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan). 1936Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.Universiti Deobond, India 1952.Lahore, Pakistan Ilmu Tafsir Quran 1957.Universiti Al-Azhar, Mesir Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.Universiti Al-Azhar, Mesir Sarjana Perundangan Islam.
- Penguasaan Bahasa:Melayu Inggeris Tamil Urdu&Arab
- Pekerjaan:Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.Penyelia Kelas Dewasa KEMAS.Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.
- Politik:1967 Daftar sebagai ahli PAS.
- 1967-1969 -Pilihanraya Kecil Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
- 1969-1974 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
- 1974-1978 – Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada ParlimenPengkalan Chepa).
- 1978-1982 Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
- 1982-1986 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
- 1986-1990 Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
- 1990-Sekarang Menteri Besar Kelantan.
- Kesimpulan Jawatan Politik:19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.4 Tahun Sebagai Ahli DUN.
- Menghembuskan nafas terakhir pada 13 FEB 2015 kira2 9.40mlm.Pemergian Allahyarham satu kehilangan besar kepada negara.beratus ribu umat manusia mengiringi jenazah Allahyarham ketika itu.
Bapa pemodenan.Memang layak dia dikenang dengan gelaran ini.Dibawah pentadbirannya,Malaysia pernah digelar Harimau Ekonomi Asia mengatasi ekonomi Korea Selatan,Singapura dan China.Kesilapannya memenjarakan pembantunya DSAI atas tuduhan liwat mencalarkan sedikit imejnya kerana ternyata DSAI lebih berpengaruh drp dirinya walaupun berada di sel penjara.Kekesalan beliau dimaafi DSAI demi memanfaatkan pengaruh mereka berdua yg pernah terjalin bagi menurunkan DSN yg terpalit dgn skandal 1MDB.Walaupun ketiadaan PAS sedikit memberikan kesan kpd PH,Tun tetap dgn idea segar ,melupakan kesalahannya dan menuntut pembebasan DSAI.Tun melupakan segala kenangannya dgn parti
kesayangannya , UMNO kerana berasa UMNO sudah tidak releven lagi.Beliau menubuhkan parti BERSATU.Maka berpecahlah UMNO dan menjadi satu sejarah dalam politik Malaysia apabila presiden paling berjaya dlm Sejarah penubuhan UMNO meletakkan jawatan sbg ahli UMNO.Beliau melupakan permusuhan dengan DAP dan Keadilan dan menyertai blok itu demi menyelamatkan Malaysia menurutnya.Tun sangat beruntung.Diterima malah dilantik menjadi penasihat PH.Beliau juga dikatakan akan dilantik menjadi PM sementara sekiranya PH menang PRU14.Ternyata Tun ingin melihat DSAI menjadi PM selepas dibebaskan bulan Ogos thn hadapan.Kita mungkin dpt melihat kerjasama dan idea yang dpt menyegarkan ekonomi Malaysia kerana pernah dibuktikan pada tahun 90an.Walaupun saya pernah tidak menyukai TUN kerana memalukan DSAI,idola saya.Namun,saya menghargai kebijaksanaan dan keberanian beliau di pentas antarabangsa.Dunia Arab cukup menyanjungi beliau.Tun masih diperlukan dalam bidang politik Malaysia.I cant imagine Malaysia without TUN and DSAI as we feeled when Allahyarham Tok Guru leave us.I wish Allah SWT always bless them all.ameen!
Comments
Post a Comment